Produk

Malaysia

Makanan & Minuman
Produk Kesihatan
Peralatan Rumah
Penjagaan Rumah
Penjagaan Diri
Penjagaan Kulit & Kosmetik
Sistem Rawatan Air
Pakaian
image
Kopi Lingzhi DXN 2 dalam 1

 

image

Kopi Lingzhi DXN 2 dalam 1

Alamilah kenikmatan berada di kedai kopi di rumah anda sendiri bersama DXN Lingzhi Coffee 2 dalam 1. Ia merupakan kopi kegemaran sepanjang masa yang mengandungi ekstrak Ganoderma. Bahan-bahan yang terkandung dalam kopi ini mudah larut serta menghasilkan aroma yang harum.

Saiz pakej : 20 paket x 11g

image
Zhi Cafe Klasik DXN

 

image

Zhi Cafe Klasik DXN

Kopi memainkan peranan yang penting di seluruh pelusuk dunia. Secawan kopi pada waktu pagi mampu menyerikan hari baru anda, agar anda sentiasa penuh bersemangat serta rasa segar sepanjang hari. Seandainya anda seorang penggemar setia minuman kopi dan ingin merasa sesuatu yang berlainan, maka anda harus bertukar kepada kopi panggang dan rasalah kelainannya sendiri.

Kini, DXN membawakan anda Zhi Cafe® Classic yang dirumus khas dengan campuran ekstrak Ganoderma dan biji kopi yang dipanggang sepenuh. Ia memberikan anda nikmat rasa kopi yang segar disertai dengan aroma yang harum dan memuaskan. Zhi Cafe® Classic, sememangnya minuman yang tidak boleh dilepaskan setiap pagi. Anda pasti terpegun dengan aroma dan rasa kesegaran kopi panggang ini.

Zhi Cafe® Classic pasti menepati citarasa anda jika anda menggemari rasa kopi yang enak.

Saiz Pakej : 20 paket x 20g

image
Kopi Lingzhi 3 dalam 1 Lite

 

image

Kopi Lingzhi 3 dalam 1 Lite

Semua orang pasti suka cara mudah untuk menyediakan kopi. Jika anda menggemari rasa kopi yang lebih lembut berkrim, cubalah Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 Lite. Tuangkan satu sachet Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 Lite ke dalam 150ml air panas, kacau hingga sebati dan nikmatilah rasa kopi keluaran terbaru dari DXN.

Saiz Pakej : 20 paket x 21g

image
Cream Coffee DXN

 

image

Cream Coffee DXN

Berita baik kepada pencinta kopi! Cream Coffee DXN adalah gabungan harmoni serbuk kopi segera yang berkualiti tinggi, ekstrak Ganoderma dan krimer bukan tenusu. Kaya dengan aroma, tekstur yang lembut dan rasa yang tidak boleh anda lepaskan. Tanpa gula tambahan, amat disarankan kepada mereka yang mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula harian. Setiap hirupan pasti memuaskan.

Saiz pakej: 20 paket x 14 g

image
Kopi Putih Zhino DXN

 

image

Kopi Putih Zhino DXN

Untuk memenuhi citarasa para penggemar cappuccino, DXN kini telah muncul dengan produk terbaru yang cepat dan senang untuk disediakan. Anda hanya perlu tuangkan sepaket Kopi Putih Zhino DXN ke dalam secawan air panas, kacau dan anda boleh menikmatinya bersama keluarga di rumah mahupun bersama rakan-rakan di pejabat tanpa perlu menunggu lama di kedai kopi. Ia dilapisi dengan buih nipis krimer di bahagian atasnya dan dirumuskan bersama-sama dengan ekstrak Ganoderma.

Minuman Kopi Putih Zhino DXN menawarkan anda nikmat rasa kopi yang sebenar dan penuh berkrim. Kelainan aromanya pasti akan menceriakan hari anda.

Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya kerana anda pasti akan terpegun dengan kelazatan rasanya yang seasli cappuccino yang dibawa terus dari Itali.

Saiz Pakej : 12 uncang x 28g

image
Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1

 

image

Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1

Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 merupakan hidangan kopi yang anda perlukan dengan rasa kopinya yang lembut, sedap dan lengkap. Ianya diperbuat daripada biji kopi yang bermutu tinggi dengan 100% Lingzhi tulen, tanpa sebarang bahan pewarna, perisa tiruan ataupun bahan pengawet.

Saiz pakej: 20 paket x 21g

image
Kopi O Lingzhi

 

image

Kopi O Lingzhi

Kopi O Lingzhi DXN tidak mengandungi sebarang gula tambahan, namun ia masih lagi mengekalkan rasa kopi yang pekat serta aromanya yang lazat. Ianya dirumus khusus untuk pilihan generasi moden kini.

Kopi O Lingzhi DXN juga memberikan anda rasa nikmat kopi yang sebenar.

Saiz Pakej: 20 paket x 4.5g

image
Zhi Mocha

 

image

Zhi Mocha

Anda merupakan seorang penggemar kopi dan turut menyukai coklat? Zhi Mocha DXN pastinya memenuhi citarasa anda! Ianya diperbuat daripada campuran serbuk kopi terpilih, ekstrak ganoderma dan serbuk koko.

Anda boleh menambah ketulan ais ke dalam Zhi Mocha untuk merasai kelainan kopi ais yang popular pada masa kini. Ia sememangnya pilihan yang terbaik untuk diminum ketika musim panas, sama ada disediakan secara panas atau sejuk. Rasailah keunikan aroma Zhi Mocha yang lemak berkrim, manis dan sedikit pahit selepas diminum.

Sekiranya anda ingin membuat kelainan dengan menambah sedikit perisa tambahan, anda boleh menambah sedikit krim dan sedikit serbuk kayu manis. Rasanya pasti lebih enak! Cubalah.

Saiz Pakej : 20 paket x 21g

image
EuCafé DXN

 

image

EuCafé DXN

Meningkatkan Tenaga Anda; Sungguh Menakjubkan!

DXN memperkenalkan sejenis produk Tongkat Ali yang unggul - EuCafé. Produk ini merupakan adunan herba Tongkat Ali yang terpilih dengan serbuk kopi berkualiti tinggi, dalam bentuk paket pracampuran yang mudah dibancuh. Rasanya enak dan kaya dengan haruman kopi, EuCafé memang minuman asli yang anda idamkan!

Saiz Pakej : 20 paket x 21g

image
Vita Café DXN

 

image

Vita Café DXN

Sudahkah anda "Vita"?

Vita Café™ merupakan kopi terbaru yang disyorkan khas kepada anda oleh DXN! Minuman kopi unik ini merupakan campuran Ginseng berkualiti tinggi dengan Tongkat Ali dan ekstrak Ganoderma. Ia disediakan dalam bentuk kopi pracampur yang mudah dibancuh. Anda hanya perlu mencampurkan serbuk pracampur Vita Café dengan secawan air panas untuk menikmati kekayaan aromanya. Oleh itu, tunggu apa lagi? "Vita" kan diri anda, hari ini juga!

Keistimewaan Vita Café™!

  • Kopi 6 dalam 1 eksklusif yang dicampur dengan ginseng, Tongkat Ali dan ekstrak Ganoderma.
  • Minuman yang menyegarkan dengan rasa tradisional dan bau aroma wangi yang unik.
  • Mudah disediakan - boleh dinikmati di rumah, semasa bekerja dan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa anda ingin menikmati secawan kopi gourmet.
  • Penyediaan dalam pelbagai cara - boleh diminum panas, sejuk, dicampur dengan ais dan dijadikan kopi ais.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi terpilih sahaja.
  • Bebas daripada perisa dan bahan pengawet.
  • Minuman kesihatan semulajadi dan sesuai diambil setiap hari.
  • Saiz Pakej : 20 paket x 21g

    image
    Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1

     

    image

    Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1

    Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1 dirumus khas dari serbuk kopi segera dengan ekstrak Cordyceps. Rumusan unik ini menghasilkan aroma dan rasa kopi yang harum untuk menyerikan hidup anda.

    Saiz Pakej : 20 paket x 21g

    image
    Kopi Civattino DXN

     

    image

    Kopi Civattino DXN

    Kopi Civattino DXN merupakan kopi luwak keluaran khas DXN yang tidak melibatkan haiwan tapi diperbuat daripada 100% biji kopi fermentasi yang berkualiti tinggi. Kopi Civattino DXN pasti memberikan anda nikmat aroma kopi yang harum dan memuaskan, serta rasa yang segar lagi enak. Cubalah Kopi Civattino DXN untuk menyerikan hidup anda!

    Saiz Pakej : 200g / botol

    image
    Kopi Lion's Mane DXN

     

    image

    Kopi Lion's Mane DXN

    Kopi Lion's Mane DXN dihasilkan daripada serbuk kopi pracampur dengan serbuk cendawan Lion's Mane, krimer bukan tenusu dan gula. Ianya enak dan mudah untuk disediakan. Boleh dihidangkan secara panas atau sejuk.

    Packaging Size : 20 packs x 21g per box

    image
    DXN Zhi Roasted Coffee

     

    image

    DXN Zhi Roasted Coffee

    DXN Zhi Roasted Coffee direka khas buat penggemar kopi. Campuran dari kopi panggang, kopi segera dan ekstrak Ganoderma akan memberikan anda kopi yang pekat. Memiliki aroma yang unik memberikannya kenikmatan yang tersendiri.

    Saiz Pembungkusan: 30 paket x 4g

    image
    Ootea Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1

     

    image

    Ootea Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma membolehkan anda menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Dengan jumlah gula dan krimer yang tepat dapat menyeimbangkan rasa, dan sememangnya secawan Ootea Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 mampu menawan selera anda. Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 21g x 20 pek

    image
    Ootea Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 Lite

     

    image

    Ootea Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 Lite

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma membolehkan anda menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Diformulasikan secara istimewa bagi menghasilkan rasa yang lebih lembut dan berkrim berbanding produk yang lain, Ootea Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 Lite akan memberikan anda kelegaan dan kepuasan. Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 21g x 20 pek

    image
    Ootea Kopi Lingzhi DXN 2 dalam 1

     

    image

    Ootea Kopi Lingzhi DXN 2 dalam 1

    Made with high-quality coffee beans, premium oolong tea powder, and with the added benefits of Ganoderma, you can now enjoy your favourite cup of cham wherever you are, whenever you want to. Love your cham dark and sweet? Let DXN Ootea Lingzhi Coffee Mix 2 in 1 satisfy your taste buds, with added sugar to sweeten the deal. Comes in individually packed sachets for ease of use and mess-free preparation.

    Packaging size:
    - Each box: 11g x 20 sachets

    image
    Ootea Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1

     

    image

    Ootea Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Cordyceps membolehkan anda menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Dengan kebaikan Cordyceps yang menyegarkan dalam setiap cawan, anda pasti akan lebih bertenaga dan bersedia untuk memulakan hari anda. Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 21g x 20 pek

    image
    Ootea Zhi Mocha DXN

     

    image

    Ootea Zhi Mocha DXN

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, serbuk koko, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma memberikan secawan mocha anda kini lebih menyegarkan dengan adanya teh oolong ini. Rasai keunikan kopi, teh dan koko dalam setiap hirupan! Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 21g x 20 pek

    image
    Ootea Kopi Putih Zhino DXN

     

    image

    Ootea Kopi Putih Zhino DXN

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma membolehkan anda menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Dengan rasa yang lembut bak baldu sesuai bagi mereka yang lebih menginginkan rasa cham yang sederhana, variasi ini boleh membuatkan deria rasa anda seperti di awangan! Dibungkus dalam pek indvidu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 28g x 12 pek

    image
    Ootea Kopi O Lingzhi DXN

     

    image

    Ootea Kopi O Lingzhi DXN

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma membolehkan anda menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Tanpa sebarang gula tambahan, anda dapat menikmati sepenuhnya rasa asli cham. Campuran yang sempurna untuk penggemar minuman asli. Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 4.5g x 20 pek

    image
    Ootea Vita Cafe DXN

     

    image

    Ootea Vita Cafe DXN

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma membolehkan anda menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Diformulasikan secara istimewa dengan kebaikkan Tongkat Ali dan Ginseng, secawan Ootea Vita Cafe DXN mampu memberikan anda tenaga untuk mengharungi hari anda dengan jayanya! Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 21g x 20 pek

    image
    Ootea Eu Cafe DXN

     

    image

    Ootea Eu Cafe DXN

    Dihasilkan daripada biji kopi berkualiti tinggi, serbuk teh oolong premium, dan dengan kebaikan tambahan daripada Ganoderma dan Tongkat Ali, Ootea Eu Cafe DXN dijamin dapat memberikan anda rasa segar dan peka sepanjang hari. Tambahan lagi, anda kini dapat menikmati secawan cham kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Dibungkus dalam pek individu untuk memudahkan penggunaan dan penyediaan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap bungkusan: 21g x 20 pek

    image
    DXN Lion’s Mane Coffee Latte

     

    image

    DXN Lion’s Mane Coffee Latte

    DXN Lion’s Mane Coffee Latte membawakan kepada anda rasa asli kopi susu dari Itali, tanpa gula tambahan. Memandangkan tiada gula tambahan, DXN Lion’s Mane Coffee Latte membolehkan anda menikmati kombinasi rasa lemak yang seimbang dari kopi, krimer bukan tenusu, dan cendawan Lion’s Mane. Dengan sedikit garam yang digunakan sebagai pengganti gula dalam proses formulasi DXN Lion’s Mane Coffee Latte, ianya dapat membantu mengurangkan rasa pahit kopi serta menambahkan lagi rasa kopi, dan menyedapkannya. Ini juga membolehkan kopi susu menjadi satu cara yang mudah untuk anda bangun di waktu pagi.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap kotak: 15g x 20 pek

    image
    Kopi Spirulina DXN

     

    image

    Kopi Spirulina DXN

    Tingkatkan pengalaman menikmati kopi anda dengan Kopi Spirulina DXN, sebuah gabungan yang enak dan berkhasiat yang menggabungkan rasa kopi dengan khasiat spirulina. Sama ada anda adalah penggemar kopi atau mencari rasa yang baharu, gabungan unik ini menawarkan kelainan kepada rutin harian anda.

    Jadikan Kopi Spirulina DXN sebagai sebahagian daripada rutin harian anda, dan nikmati gabungan kopi segera dan spirulina dalam setiap hirupan. Tingkatkan pengalaman menikmati kopi anda!

    Saiz pembungkusan:
    Setiap kotak: 21g x 20 pek

    image
    Kopi Lingzhi Neo Lite DXN 3 dalam 1

     

    image

    Kopi Lingzhi Neo Lite DXN 3 dalam 1

    Semua orang menggemari kesenangan menikmati kopi segera. Jika anda menggemari rasa kopi yang berlemak, anda boleh mencuba Kopi Lingzhi Neo Lite DXN 3 dalam 1. Cuma tambah satu paket Kopi Lingzhi Neo Lite DXN 3 dalam 1 ke dalam 150ml air panas dan kacau untuk menikmati sensasi baharu pengalaman minum kopi dengan DXN. Produk ini tidak mengandungi gula tambahan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap kotak: 13g x 20 paket

    image
    DXN Lingzhi 3 dalam 1

     

    image

    DXN Lingzhi 3 dalam 1

    Gabungan yang ideal antara kopi kisar yang berkualiti tinggi, memberikan rasa kopi yang kaya dan sempurna seperti diidamkan oleh semua pencinta kopi. Nikmatilah kepelbagian rasa kopi yang luar biasa ini berbanding kopi Lingzhi 3 dalam 1 yang lain. Dibungkus untuk satu hidangan, menjadikan menjadikannya satu pilihan yang bijak untuk digunakan di rumah dan ketika di luar, yang membolehkan anda menikmati rasa kopi yang unik dan enak ini, tidak kira dimana anda berada.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap pek: 21g x 20 uncang

    image
    DXN Iodised Bamboo Salt Lingzhi Coffee

     

    image

    DXN Iodised Bamboo Salt Lingzhi Coffee

    Sungguh menyelerakan!

    DXN Iodised Bamboo Salt Lingzhi Coffee adalah kopi segera yang unik, diperkaya dengan garam buluh beriodin dan ekstrak Ganoderma. Rasanya yang lazat dan aromanya yang memikat menjadikannya pilihan yang menarik, sambil membolehkan anda menikmati pelbagai khasiat mineral daripada garam buluh. Dipadukan dengan krimer bukan tenusu dan gula dalam jumlah yang ideal, menghasilkan kopi segera dengan rasa yang lembut, berkrim, dan sedikit manis, sesuai untuk dinikmati setiap hari.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap kotak: 11g x 20 pek

    image
    Kopi Lingzhi Neo DXN 3 dalam 1

     

    image

    Kopi Lingzhi Neo DXN 3 dalam 1

    德信三合一灵芝咖啡Neo绝对是您所需要的咖啡饮品。它完美顺滑,浓郁可口。德信三合一灵芝咖啡Neo是以上等的咖啡豆及100%纯灵芝调配而成。它不添加任何人造色素,芳香剂及防腐剂。该产品无添加糖。

    包装规格:
    - 每盒:21克 x 20小袋

    image
    Kopi Cordyceps Neo DXN 3 dalam 1

     

    image

    Kopi Cordyceps Neo DXN 3 dalam 1

    Kopi Cordyceps Neo DXN 3 dalam 1 diformulasi khas daripada serbuk kopi segera yang ditambah dengan ekstrak Cordyceps. Formulasi unik ini menghasilkan kopi yang lembut dan beraroma untuk menceriakan hari anda. Produk ini tidak mengandungi gula tambahan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap kotak: 13g x 20 paket

    image
    Jam Nenas DXN

     

    image

    Jam Nenas DXN

    DXN memperkenalkan kepada anda jem nenas semulajadi yang diperkayakan dengan Ganoderma miselium dan diperbuat daripada 100% buah nenas semulajadi. Jem Nenas DXN merupakan pilihan makanan berkhasiat yang bijak untuk seisi keluarga. Penggunaannya bersama sapuan GL DXN menambahkan lagi keenakan rasanya.

    Saiz Pakej : 440g / botol

    image
    Zhi Mint

     

    image

    Zhi Mint

    Sakit Tekak? Nafas Berbau? memperkenalkan Zhi Mint, produk keluaran terbaru DXN. Dengan sebiji Zhi Mint di dalam mulut anda, kenyamanan sesejuk ais akan anda rasai serta-merta. Anda akan mempunyai nafas yang sejuk dan segar.

    Ditengah kehidupan yang sibuk, Zhi Mint dengan bungkusan yang mudah dibawa boleh membantu menyegarkan nafas anda pada bila-bila masa, dimana jua. Diadun dengan perasa “Zhi Mint” yang ringan, ianya akan memberikan anda keyakinan yang lebih apabila berbual.

    Saiz Pakej: 12 paket x 25g

    image
    Zhi Mint Plus / Zhi Mint P

     

    image

    Zhi Mint Plus / Zhi Mint P

    DXN memperkenalkan Zhi Mint yang direka baru. Dengan sebiji di dalam mulut, kenyamanan sesejuk ais dan kelegaan akan dirasai serta-merta.

    Dalam kesibukan harian, DXN Zhi Mint dalam pek mudah dibawa untuk menyegarkan nafas anda pada setiap masa. Dicampur dengan perasa "Zhi Mint" yang sejuk dan segar, anda akan lebih berkeyakinan semasa berbual dan berkomunikasi.

    Saiz Pakej : 1 paket x 25 g

    image
    L-Vegmix DXN

     

    image

    L-Vegmix DXN

    L-Vegmix DXN adalah sejenis campuran sup sayuran yang terdiri daripada daun kucai/ bawang perai, tomato, kurma dan halia tanpa sebarang sodium, bahan tambahan dan bahan pengawet. L-Vegmix DXN dapat membantu menjimatkan masa memandangkan bahan-bahan yang disertakan telah siap dipotong dan sedia untuk dimasak. L-Vegmix DXN disyorkan untuk dimasak dengan menggunakan Smart Pot DXN. Anda boleh menyediakan sup sayur yang sihat dan mudah dengan hanya satu sentuhan. Selepas memasak, tapis sup dan buang sayur-sayuran yang telah direbus untuk menikmati sup sayur yang enak.

    Nikmati sup sayur yang sihat, pantas dan mudah dalam masa hanya 20 minit dengan L-Vegmix DXN!

    Saiz Pakej : 10 paket x 27 g

    image
    Cendawan Ganoderma DXN

     

    image

    Cendawan Ganoderma DXN

    - Dihasilkan daripada Ganoderma lucidum mentah dalam bentuk kepingan atau ketulan.
    - Disyorkan untuk dimasak dengan menggunakan Smart Pot DXN bagi pelbagai resipi, seperti sup herba yang lazat atau teh.

    Saiz Pakej: 100g / botol

    image
    Goji Beri DXN

     

    image

    Goji Beri DXN

    Goji beri yang juga dikenali sebagai buah goji tampil dalam pelbagai bentuk seperti buah goji segar, buah goji kering dan lain-lain. Ianya telah digunakan sejak dahulu lagi. Goji Beri DXN merupakan goji kering yang berasal dari Wilayah Ningxia, China. Ianya adalah goji beri organik, tanpa sebarang bahan pengawet tiruan dan pewarna.

    Kandungan : Goji Beri (Lycium barbacum)

    Saiz Pakej : 350g

    image
    Buah Jujube DXN

     

    image

    Buah Jujube DXN

    Buah jujube juga dikenali sebagai kurma merah, kurma China dan kurma Korea. Ianya telah digunakan sebagai salah satu bahan masakan sejak berabad lamanya. Buah jujube DXN merupakan buah kurma merah kering yang berasal dari negara China. Ianya tanpa biji, tanpa pengawet tiruan dan pewarna.

    Kandungan : Kurma Merah (Ziziphus jujuba)

    Saiz Pakej : 300g

    image
    Ganoodle DXN

     

    image

    Ganoodle DXN

    Semarakkan deria rasa anda dengan mi segera Ganoodle DXN yang sihat, kenyal dan elastik. Mi segera yang mudah untuk disediakan ini dihasilkan daripada Ganoderma lucidum dengan menggunakan proses pengeringan tanpa minyak. Ianya mempunyai rasa yang enak dan adalah bebas daripada sebarang pewarna tiruan atau agen perisa.

    Saiz Pembungkusan:
    - DXN Ganoodle (Perisa Tom Yam) - Setiap kotak: 85g × 4 pek
    - DXN Ganoodle (Perisa Kari) - Setiap kotak: 114g × 4 pek

    image
    Spirudle DXN

     

    image

    Spirudle DXN

    Semarakkan deria rasa anda dengan mi segera Spirudle DXN yang sihat, kenyal dan elastik. Mi segera yang mudah untuk disediakan ini dihasilkan daripada Spirulina dengan menggunakan proses pengeringan tanpa minyak. Ianya mempunyai rasa yang enak dan adalah bebas daripada sebarang pewarna tiruan atau agen perisa.

    Saiz Pembungkusan:
    • Siri Spirudle DXN
    (i) Spirudle DXN : 75g x 4 pek (Mi sahaja)
    (ii) Spirudle DXN (Perisa Tom Yam) : 85g x 4 pek
    (iii) Spirudle DXN (Perisa Kari) : 114g x 4 pek

    image
    DXN Hong-T

     

    image

    DXN Hong-T

    DXN Hong-T mengandungi Sessile Joyweed kering, yang juga dikenali sebagai Hong Tian Wu (Mandarin) dan Daun Keremak Merah. DXN Hong-T tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, pewarna, sodium, dan bahan penambah. Ianya menjimatkan masa kerana didatangkan dalam bentuk yang mudah dimasak. Masak DXN Hong-T menggunakan Smart Pot DXN dan anda boleh menikmati sup herba dengan cara yang mudah!

    Saiz pembungkusan: 5 pek x 18g

    image
    DXN Cin-G

     

    image

    DXN Cin-G

    DXN Cin-G ialah gabungan 7 herba: akar kudzu, akar white peony, Spatholobus suberectus, Chinese cassia, likuoris, akar clematis dan akar gentian daun besar. Disarankan kepada anda untuk menyediakan DXN Cin-G menggunakan Smart Pot DXN yang membolehkan anda menyediakan sup herba hanya dengan satu sentuhan sahaja. Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, pewarna, sodium dan bahan penambah.

    Saiz Pakej : 5 pek x 60g

    image
    Cinnamon Herbs Bag DXN

     

    image

    Cinnamon Herbs Bag DXN

    Jadikan kehidupan anda lebih sihat, sedap dan mudah dengan Cinnamon Herbs Bag DXN hari ini. Cinnamon Herbs Bag DXN adalah satu ciptaan terbaru bagi masakan sup herba yang mengandungi ekstrak herba seperti Angelica sinensis, Ligusticum striatum, Codonopsis pilosula, Polygonatum odoratum, Piper nigrum L., Ramulus Cinnamomi, Illicium verum, Cinnamomum verum, Glycyrrhiza glabra dan Ganoderma Lucidum dalam jumlah yang ideal. Herba-herba dan rempah-ratus tersebut terdapat dalam bentuk hirisan yang dibungkus dalam beg penapis kapas. Nikmati rasa yang istimewa dan manfaat untuk kesihatan dari rebusan herba dan rempah-ratus yang tidak mengandungi sebarang bahan perisa, perasa dan pewarna.

    Saiz Pakej : 5 pek x 90g

    image
    Honey Candy DXN

     

    image

    Honey Candy DXN

    Pelbagai jenis sayur yang juga dikenali sebagai ulam-ulaman yang selalunya dimakan secara mentah atau dicelur, telah digabungkan ke dalam Honey Candy supaya anda dapat menikmati khasiat ulam-ulaman sambil menikmati kemanisan gula-gula. Honey Candy sememangnya pilihan yang bijak untuk dijadikan sebagai peneman setia anda setiap hari. Dapatkan Honey Candy sekarang sebagai snek yang hebat!

    Honey Candy DXN juga boleh didapati dalam perisa sayur-sayuran berikut:
    (i) DXN Okra (Gula-gula bendi dengan Madu)
    (ii) DXN Cucumber (Gula-gula Timun dengan Madu)
    (iii) DXN Carrot (Gula-gula Lobak Merah dengan Madu)
    (iv) DXN Goji (Gula-gula Goji dengan Madu)
    (v) DXN Bitter Bean (Gula-gula Petai dengan Madu)
    (vi) DXN Pumpkin (Gula-gula Labu dengan Madu)
    (vii) DXN Tomato (Gula-gula Tomato dengan Madu)
    (viii) DXN Kemili (Gula-gula Kemili dengan Madu)
    (ix)DXN Sweet Potato (Gula-gula Keledek dengan Madu)
    (x) DXN Orange (Gula-gula Oren dengan Madu)
    (xi) DXN Papaya (Gula-gula Betik dengan Madu)
    (xii) DXN White Radish (Gula-gula Lobak Putih dengan Madu)
    (xiii) DXN Leek (Gula-gula Kucai dengan Madu)
    (xiv) DXN Red Beet (Gula-gula Ubi Bit Merah dengan Madu)
    (xv) DXN Ginger (Gula-gula Halia dengan Madu)
    (XVI) DXN Kolesom (Gula-gula Kolesom dengan Madu)

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap botol: 40g

    image
    VCO-L DXN

     

    image

    VCO-L DXN

    VCO-L DXN merupakan produk yang dihasilkan daripada ekstrak Ganoderma lucidum dan minyak kelapa dara berkualiti tinggi yang diekstrak dari isirung kelapa. Ianya mengandungi asid lemak penting terutamanya asid lemak rantaian sederhana yang mudah dihadam. Ia juga boleh digunakan untuk memasak atau membuat kek bagi menghasilkan pelbagai jenis makanan yang enak.

    Saiz pembungkusan:
    - 285ml setiap botol
    - 30 ml setiap botol

    image
    Jem Epal Fermentasi DXN

     

    image

    Jem Epal Fermentasi DXN

    Jem Epal Fermentasi DXN dihasilkan daripada epal yang telah difermentasi secara semula jadi. Ianya dipek secara berasingan untuk kemudahan anda serta memastikan kesegarannya. Ianya boleh dijadikan sapuan pada roti dan juga dibancuh dengan air sebagai minuman yang menyegarkan.

    image
    DXN Garam Himalayan

     

    image

    DXN Garam Himalayan

    DXN Garam Himalayan adalah sejenis garam semula jadi yang berwarna merah jambu*. Ia sememangnya pilihan alternatif yang lebih sihat.

    Catatan:
    * Warna merah jambu pada garam Himalaya mungkin berbeza dari satu kumpulan dengan kumpulan yang lain yang disebabkan oleh kandungan dan kepekatan mineral.

    image
    Zhi Yobite DXN dan Lina Yobite DXN

     

    image

    Zhi Yobite DXN dan Lina Yobite DXN

    Zhi Yobite DXN diperbuat daripada campuran yogurt dan Ganoderma manakala Lina Yobite DXN dihasilkan daripada campuran yogurt dan Spirulina. Kiub yogurt yang enak dan rangup ini menggunapakai teknik beku-kering untuk membantu mengekalkan rasa semulajadi dan manfaatnya. Bungkusan 'ziplock' yang boleh ditutup semula pula digunakan untuk memastikan kesegarannya.

    image
    Pes Kari DXN

     

    image

    Pes Kari DXN

    Pes Kari DXN adalah sejenis pes sedia untuk dimasak yang dihasilkan daripada pelbagai jenis campuran herba dan rempah ratus segar serta kering seperti daun kari, serai, kunyit, ketumbar, jintan putih, jintan manis, dan pelbagai lagi untuk menghasilkan masakan yang enak dengan sedikit kepedasan. Ianya terdapat dalam 2 variasi iaitu untuk ayam & daging serta untuk ikan. Sesuai digunakan untuk menyediakan kari, sup, dan stu yang boleh dihidangkan bersama nasi atau dicicah dengan roti kegemaran anda. Ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan asas untuk masakan tumis kilas dan juga bahan perapan untuk pelbagai jenis makanan.

    Saiz pembungkusan: 120g x 2 pek setiap kotak

    image
    Kek Nanas DXN

     

    image

    Kek Nanas DXN

    Kek Nanas DXN merupakan sejenis pastri berintikan jem nanas keemasan yang lazat dan dibakar dengan sempurna. Gabungan jem nanas masam manis bersama lapisan luarnya yang rapuh dan pelbagai perisa, Kek Nanas DXN semestinya akan memberikan kepuasan kepada deria rasa anda. Dengan aromanya yang tersendiri, diperkaya pula dengan bahan-bahan yang menakjubkan seperti Ganoderma, Spirulina, serbuk Koko atau Kopi pastinya akan memberikan perasaan "cinta pada suapan pertama" kepada setiap orang yang mencubanya. Ianya dibungkus secara berasingan di dalam bungkusan yang menarik menjadikannya sangat sempurna sebagai hadiah serta sesuai dihidangkan di pelbagai majlis dan perayaan.

    Berikut merupakan perisa-perisa istimewa Kek Nanas DXN:
    (i) Kek Nanas Lingzhi DXN: 45g x 10 pek, setiap kotak
    (ii) Spirunanas DXN : 45g x 10 pek, setiap kotak
    (iii) Kek Cocoapine DXN: 45g x 10 pek, setiap kotak
    (iv) Kek Coffeepine DXN: 45g x 10 pek, setiap kotak

    image
    Zhi Honey DXN

     

    image

    Zhi Honey DXN

    Jom Jadi Lebih Bertenaga!

    Zhi Honey DXN merupakan sejenis madu polyfloral yang mengandungi pelbagai jenis nutrien kerana dihasilkan daripada madu asli yang berkualiti tinggi. Ianya kaya dengan rasa semulajadi dan sesuai dicampurkan ke dalam minuman sejuk mahupun panas sebagai pemanis semulajadi yang sempurna. Penggunaan Zhi Honey DXN juga boleh dipelbagaikan bagi menambah keenakan didalam sebarang resipi masakan dan juga sesuai dijadikan sebagai sapuan pada roti.

    Saiz pembungkusan: 460g setiap botol

    image
    Perasa Serbaguna DXN

     

    image

    Perasa Serbaguna DXN

    Perasa Serbaguna DXN adalah gabungan istimewa dan unik temu mangga, lengkuas, bawang putih, halia dan lada hitam. Rasanya yang kompleks dan enak sesuai digunakan untuk perapan daging, ayam dan ikan. Ia juga boleh digunakan untuk masakan goreng kilas dan sup. Tanpa gula dan garam tambahan, Perasa Serbaguna DXN adalah pilihan perasa yang lebih sihat dalam penyediaan makanan harian anda.

    Saiz pembungkusan : 120g setiap botol

    image
    Mi Oocha DXN

     

    image

    Mi Oocha DXN

    Mi Oocha DXN adalah mi segera dengan teh Oolong yang membolehkan anda untuk menikmati mi segera tanpa berkompromi terhadap rasa dan juga kebaikannya kepada kesihatan. Ianya terdapat dalam 2 perisa yang enak, Perisa Tom Yam dan Perisa Kari yang akan memberikan anda cita rasa Asia yang unik dan memuaskan selera anda kepada mi segera. Selepas memilih perisa kesukaan anda, masukkan Mi Oocha DXN ke dalam air menggelegak, kemudian masukkan serbuk perencah dan biarkan ia masak selama 3 minit. Anda dapat menikmati semangkuk mi segera yang enak.

    Saiz pembungkusan Mi Oocha DXN terdapat dalam:
    (i) Mi Oocha DXN (Perisa Tom Yam) : 85g x 4 pek
    (ii) Mi Oocha DXN (Perisa Kari) : 114g x 4 pek

    image
    Sup Cendawan Beku Kering Segera DXN

     

    image

    Sup Cendawan Beku Kering Segera DXN

    Sup Cendawan Beku Kering Segera DXN dihasilkan daripada cendawan shiitake dan cendawan tiram dengan menggunakan teknik beku kering. Ia adalah sup cendawan berkrim dengan bahan-bahan yang ringkas dan sihat. Ianya amat mudah untuk disediakan yang menjadikannya satu pilihan yang bijak untuk menceriakan hari anda.

    Saiz Pembungkusan: 30g setiap cawan

    image
    Gula DXN

     

    image

    Gula DXN

    Gula DXN adalah sejenis gula pasir yang dihasilkan daripada tebu yang akan memberikan anda bukan sekadar kemanisan! Ianya dapat menyerlahkan lagi rasa makanan dan minuman anda, terutamanya kopi dan teh, tanpa menjejaskan rasa dan aroma aslinya. Ia menyeimbangkan rasa serta memberikan keenakan secara menyeluruh kepada kopi atau teh anda. Ianya juga dibungkus secara individu untuk satu sajian makan bagi menjamin kebersihan dan kemudahan penggunaannya.

    Saiz pembungkusan: 5g x 30 pek, setiap kotak

    image
    Krimer Bukan Tenusu DXN

     

    image

    Krimer Bukan Tenusu DXN

    Krimer Bukan Tenusu DXN adalah rumusan krimer yang ideal tersedia dalam bentuk serbuk dan dibungkus di dalam pek secara individu untuk memudahkan penggunaannya, memberikan anda pengalaman yang menyeronokkan untuk menghasilkan minuman mengikut cita rasa anda. Ia adalah pelengkap yang sempurna untuk secawan kopi atau teh anda bagi menghasilkan rasa dan tekstur yang lebih kaya dan berkrim.

    Saiz pembungkusan: 5g x 30 pek setiap kotak

    image
    DXN Spirulina Crostini

     

    image

    DXN Spirulina Crostini

    DXN Spirulina Crostini is a great-tasting bite-sized bread snack that is also nutritious. It is made from high-quality flour and infused with a dash of Spirulina powder to impart a unique colour and flavour that is hard to beat. Crunchy and satisfying bread pieces, baked to perfection and packed in a convenient 200g bag, you can enjoy your Crostini anytime, anywhere for any occasion.

    image
    DXN Zhi Crostini

     

    image

    DXN Zhi Crostini

    DXN Zhi Crostini is a great-tasting bite-sized bread snack that is also nutritious. It is made from high-quality flour and infused with a dash of Ganoderma powder to impart a unique colour and flavour that is hard to beat. Crunchy and satisfying bread pieces, baked to perfection and packed in a convenient 200g bag, you can enjoy your Crostini anytime, anywhere for any occasion.

    image
    Mi Spirulina Buckwheat DXN

     

    image

    Mi Spirulina Buckwheat DXN

    Mi Spirulina Buckwheat DXN adalah mi tanpa perasa dan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ianya diperbuat daripada tepung buckwheat dan serbuk spirulina, yang merupakan ramuan yang berkhasiat.

    Nikmatilah Mi Buckwheat Spirulina DXN yang menyegarkan dan lazat hari ini, dan perhatikanlah perbezaannya!

    Saiz Pembungkusan:
    Setiap kotak: 65g x 4 pek (Mi Sahaja)

    image
    Garam Buluh Beriodin DXN

     

    image

    Garam Buluh Beriodin DXN

    Alternatif yang baik untuk menggantikan garam biasa, yang diperkaya dengan mineral iodin. Proses memanggang buluh yang unik boleh mengekal dan memperkayakan kandungan mineral dan unsur surih yang terdapat dalam garam. Sesuai digunakan untuk memasak, ditabur ke atas salad, dan dicampur ke dalam minuman. Ia boleh menambah rasa kepada makanan anda dan berpotensi untuk menjadi alternatif kepada garam yang biasa digunakan.

    Saiz pembungkusan: 120g setiap botol

    image
    Patti Cendawan DXN

     

    image

    Patti Cendawan DXN

    Patti Cendawan DXN adalah patti berasaskan tumbuhan yang unik dan eksklusif, yang dihasilkan daripada cendawan tiram yang sebenar dan pelbagai jenis sayur-sayuran dan rempah ratus. Patti ini bukan sahaja enak; ia juga bebas daripada pewarna tiruan, perasa tiruan, dan bahan pengawet. Nikmati kebaikkan tanpa sebarang kekesalan dan berikan badan anda satu simfoni penuh rasa dan ramuan yang terbaik.

    Saiz pembungkusan :
    - Setiap kotak: 200g x 5 pek

    image
    Serbuk Perasa Cendawan Tiram DXN

     

    image

    Serbuk Perasa Cendawan Tiram DXN

    Serbuk Perasa Cendawan Tiram DXN adalah gabungan pelbagai guna daripada serbuk perasa cendawan tiram, garam buluh beriodin, dan gula. Tingkatkan kesedapan hidangan anda dengan serbuk perasa semula jadi yang sesuai digunakan untuk masakan bersup, masakan goreng kilas, perapan, dan sos. Singkap rasa cendawan tiram yang diperkayakan dengan rasa semula jadi sambil menikmati alternatif kepada serbuk perasa tradisional. Hanya secubit Serbuk Perasa Cendawan Tiram DXN mampu memberikan sentuhan transformasi kepada masakan anda. Nikmatilah kelainan yang pastinya enak pada setiap hidangan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap botol : 120g

    image
    Jus Roselle DXN

     

    image

    Jus Roselle DXN

    Nikmati waktu rehat anda dengan Jus Roselle kami! Ianya dirumus khas daripada ekstrak kelopak Roselle yang akan menjadikan minuman anda sesuai untuk semua. Ia juga sesuai untuk dijadikan air krim, jem dan jeli.

    Saiz bungkusan: 285 ml / botol

    image
    Morinzhi DXN

     

    image

    Morinzhi DXN

    Morinzhi merupakan minuman botanikal yang diformulasi khas daripada Morinda citrifolia dan diperkaya dengan Roselle. Morinda citrifolia (mengkudu) telah digunakan secara tradisional di kalangan penduduk di rantau Pasifik Selatan.

    Saiz Pakej: 285ml / botol

    image
    Morinzyme DXN

     

    image

    Morinzyme DXN

    Morinzyme DXN® adalah minuman botanikal tapaian pati mengkudu yang dihasilkan melalui proses fermentasi pati mengkudu. Proses fermentasi boleh membantu untuk mengekalkan nutrien di dalam minuman dan juga menghasilkan banyak enzim.

    Tingkatkan kehidupan anda bersama Morinzyme DXN® setiap hari.

    Saiz Pakej : 285 ml / botol

    image
    Kiwi DXN

     

    image

    Kiwi DXN

    Kiwi DXN adalah minuman yang tidak mengandungi pewarna tiruan. Ia dapat menghilangkan dahaga anda dengan tekstur yang licin dan rasa yang menyegarkan. Kiwi DXN merupakan pilihan yang paling baik untuk menjamu rakan-rakan anda semasa perayaan.

    Saiz Pakej : 1000ml / botol

    image
    Bes Minuman Jus Buah Epal DXN

     

    image

    Bes Minuman Jus Buah Epal DXN

    Cubalah Bes Minuman Jus Buah Epal DXN hari ini. Ia datang dalam pek yang mudah dan berasingan, anda boleh nikmatinya dengan hanya tambah air. Untuk rasa yang lebih sedap, jus buah pekat juga boleh dicampurkan bersama air berkarbonat. Untuk gaya hidup yang sihat, dapatkan Bes Minuman Jus Buah Epal DXN di cawangan DXN berdekatan anda hari ini.

    Saiz Pakej : : 15 pek x 50ml

    image
    Aloe Vita DXN

     

    image

    Aloe Vita DXN

    Ketika cuaca panas terik, minuman yang sejuk dan menyegarkan pastinya menjadi pilihanramai. Memperkenalkan Aloe Vita DXN yang pasti sesuai dengan selera anda. Aloe Vita DXNadalah jus Aloe vera yang kaya dengan pulpa Aloe vera yang pastinya akan menceriakan harianda. Ianya sangat enak dan menyegarkan!

    Saiz Pakej : 285ml/ botol

    image
    Moricinia DXN

     

    image

    Moricinia DXN

    Moricinia DXN adalah minuman unik campuran buah Mengkudu (Morinda citrifolia) dan Asam Gelugur (Garcinia atroviridis). Ia dihasilkan dalam persekitaran dan kelengkapan yang mematuhi piawai keselamatan makanan, yang memberikan anda pilihan untuk menikmati khasiat buah Mengkudu dan Asam Gelugur secara keseluruhan.

    Saiz pembungkusan: 285ml setiap botol / 700ml setiap botol

    image
    Cordypine DXN

     

    image

    Cordypine DXN

    DXN Cordypine® ialah kombinasi cordyceps berkualiti tinggi dengan jus nenas yang difermentasi secara semulajadi.

    Cordypine® ialah pilihan yang bijak untuk anda.

    Saiz Pakej :
    - 285ml / botol
    - 700ml / botol

    image
    Vinaigrette DXN

     

    image

    Vinaigrette DXN

    Vinaigrette DXN dihasilkan daripada campuran cuka beras dan Ganoderma lucidum yang terpilih. Ia difermentasikan selama beberapa tahun menggunakan teknik tradisional bagi memelihara keunikan rasa serta kualitinya yang baik.

    Vinaigrette DXN sememangnya menjadi pilihan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

    Saiz bungkusan:
    - 285ml / botol
    - 700ml / botol

    image
    Bijirin Cordyceps DXN

     

    image

    Bijirin Cordyceps DXN

    Serikan hari anda dengan minuman Bijirin Cordyceps DXN yang diadun khas dengan oat, gandum dan diperkayakan lagi dengan ekstrak Cordyceps. Dengan rasa coklatnya yang kuat, ia sememangnya pilihan minuman serat diet yang baik bagi semua orang pada bila-bila masa, tanpa mengira di mana jua anda berada.

    Saiz Pakej: 20 paket x 30g

    image
    Fruzim DXN

     

    image

    Fruzim DXN

    DXN Fruzim merupakan sejenis minuman enzim berkhasiat yang ditapai daripada buah pic dan plum secara semulajadi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan tambahan, bahan kimia dan pengawet.

    Dengan rasa buah pic dan plum yang menyegarkan, DXN Fruzim merupakan pilihan minuman kesihatan harian anda yang baik.

    Saiz Pakej : 380ml / botol

    image
    Cocozhi DXN

     

    image

    Cocozhi DXN

    Cocozhi® dirumus khas daripada koko yang berkualiti tinggi dengan ekstrak Ganoderma. Ia dalam bentuk serbuk yang sedia dibancuh untuk diminum yang berperisa coklat. Di samping aroma koko yang menyelerakan, anda juga boleh mendapat manfaat daripada Ganoderma. Tuangkan Cocozhi® ke dalam secawan air panas dan kacau untuk menikmati minuman yang menyegarkan dan sesuai untuk seisi keluarga.

    Saiz Pakej : 20 paket x 32g

    image
    Bijirin Spirulina DXN

     

    image

    Bijirin Spirulina DXN

    Spirulina terkenal dengan khasiat pemakanan yang seimbang manakala bijirin pula merupakan makanan berserat tinggi yang sering disyorkan oleh ahli pemakanan. Bijirin Spirulina DXN terdiri daripada gabungan bijirin dan serbuk spirulina yang berkualiti tinggi. Ia merupakan salah satu sumber pemakanan yang utama bagi anda.

    Saiz Pakej : 30 paket x 30g

    image
    NewTriZhi DXN

     

    image

    NewTriZhi DXN

    NewTriZhi DXN ialah minuman berkhasiat campuran soya dan malt yang diformulasi khas dengan menggunakan kacang soya yang berkualiti unggul, ekstrak malt dan Miselium Ganoderma.

    NewTriZhi yang diperkaya dengan Lesitin, Omega 3 dan Omega 6 mengandungi kalsium, besi, vitamin A, C dan E yang tinggi. NewTriZhi yang penuh krim adalah kaya dengan rasa kacang soya yang semulajadi dan aroma malt yang wangi. Ia sememangnya sedap lagi berkhasiat.

    Saiz Pakej : 20 paket x 30 g

    image
    Lignopine DXN

     

    image

    Lignopine DXN

    Lignopine DXN dirumus khas dengan campuran Lignosus rhinocerus yang berkualiti tinggi dengan jus nanas difermentasi secara semula jadi.

    Lignopine DXN merupakan salah satu minuman enzim yang terbaik dan sesuai untuk diambil bagi mengekalkan kesihatan serta kesejahteraan hidup secara menyeluruh. Ia mempunyai rasa buah-buahan semulajadi yang menyegarkan. Lignopine DXN pastinya pilihan yang bijak untuk menceriakan hari anda!

    Saiz Pembungkusan:
    - 285ml / botol
    - 700ml / botol

    image
    Vinaigrette Honey DXN

     

    image

    Vinaigrette Honey DXN

    Vinaigrette Honey DXN mempunyai kebaikan dari Vinaigrette DXN dan ia ditambah dengan madu bagi membawakan rasa yang lebih enak. Ia dihasilkan dengan menggunakan proses tradisional yang unik. Anda boleh menikmati aroma madu dan menikmati kebaikannya pada masa yang sama. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus buah untuk menikmati rasa yang lebih sedap.

    Saiz pembungkusan: 285ml setiap botol / 700ml setiap botol

    image
    DXN Neph-V

     

    image

    DXN Neph-V

    DXN Neph-V adalah sejenis cuka yang dihasilkan daripada cuka rambutan berkualiti premium dan Ganoderma lucidum dengan mempunyai rasa yang unik dan aroma cuka buah yang manis. Ianya kaya dengan pelbagai jenis nutrien yang membolehkan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Selain daripada kebaikan cuka, DXN Neph-V juga mempunyai kebaikan daripada rambutan, yang mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

    Saiz pembungkusan: 285ml setiap botol

    image
    DXN Ginpine

     

    image

    DXN Ginpine

    DXN Ginpine adalah sejenis minuman botani yang dicampur dengan nanas, halia, cordyceps, dan limau bagi memberikan kesegaran dan mampu menghilangkan dahaga.. Nikmatilah kebaikan DXN Ginpine – dimana ia menggabungkan ramuan-ramuan semula jadi bagimenghasilkan satu minuman yang mampu memberi kebaikan kepada badan secara keseluruhan, bahkan juga dapat dinikmati dengan lazat.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap botol: 285ml

    image
    Cocozhi Neo DXN

     

    image

    Cocozhi Neo DXN

    Cocozhi Neo DXN diformulasi daripada biji koko terpilih dengan ekstrak Ganoderma. Minuman sedia untuk diminum dalam bentuk serbuk ini memberikan anda rasa coklat yang enak. Hanya tuang serbuk ke dalam segelas air panas dan kacau, untuk menikmati minuman yang menyegarkan, sesuai untuk seisi keluarga. Produk ini tidak mengandungi gula tambahan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap kotak: 24g x 20 paket

    image
    Teh Reishi Gano DXN

     

    image

    Teh Reishi Gano DXN

    Nikmatilah Kurniaan Alam Semula Jadi

    Teh merupakan minuman tradisional yang biasanya dihasilkan daripada daun teh Camellia sinensis. Dalam setiap daun teh wujudnya komposisi neutral daripada kebaikan alam semula jadi terutamanya polyphenols, sumber elemen dan vitamin.

    DXN telah memperkenalkan Teh Reishi Gano DXN™ yang diadun dengan serbuk Reishi Gano yang berkualiti tinggi. Teh Reishi Gano DXN™ tanpa sebarang bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Ia mampu mencergaskan minda dan badan anda. Anda pasti akan teruja dengan rasa yang luar biasa dan aroma yang menyenangkan.

    Rindukan nikmat teh yang mempunyai pelbagai rasa? Nikmatilah Teh Reishi Gano DXN™!

    Saiz Pakej : 20 paket x 2g

    image
    Teh Spica DXN

     

    image

    Teh Spica DXN

    DXN telah menghasilkan Teh Spica yang dirumus khusus daripada ramuan asli seperti Ganoderma lucidum, Radix glycyrrhizae dan lain-lain. Rumusan teh ini telah mewujudkan suatu kombinasi aroma teh yang istimewa dengan rasa yang menyenangkan dari hirupan pertama hingga akhir. Teh Spica sesuai diminum oleh semua peringkat umur dan golongan.

    Pembungkusaan:
    - Setiap kotak : 5g x 20 uncang

    MAL19973094T
    Digunakan secara tradisional untuk mengurangkan panas badan.
    Ini adalah iklan produk tradisional.

    KKLIU 0139/2023
    Tarikh Tamat Tempoh KKLIU: 31/12/2025

    image
    Lemonzhi DXN

     

    image

    Lemonzhi DXN

    Selaras dengan trend kesihatan masa kini, DXN memperkenalkan Lemonzhi DXN, sejenis variasi minuman yang menyihatkan dan menyegarkan untuk memulakan hari anda atau sebagai minuman pada waktu minum petang. Lemonzhi DXN dirumus khas daripada lemon dengan tambahan serbuk teh dan ekstrak Ganoderma. Teh dan Ganoderma merupakan gandingan yang hebat bagi menyegarkan minda agar badan anda sentiasa cergas, cerdas dan bertenaga sepanjang masa.

    Lemonzhi DXN yang menyegarkan ini pasti akan menjadi minuman penghilang dahaga kegemaran terbaru anda! Rasailah kesegarannya dari hirupan pertama sehingga titisan yang terakhir!


    Saiz Pakej: 20 paket x 22g

    image
    DXN D'Latte

     

    image

    DXN D'Latte

    Bagi memberi peluang kepada para penggemar teh untuk menikmati keunikan teh latte, DXN telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru iaitu D'Latte DXN. Ia adalah campuran serbuk teh premium dengan krimer bukan tenusu dan ekstrak ganoderma. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan rasa teh yang lebih pekat dan kurang pahit, ditambah pula dengan krimer yang lazat. Cara pembungkusan sachetnya amat ringkas dan rasa minuman yang sangat memuaskan, cukup menambat hati semua lapisan masyarakat dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Dengan aromanya yang tersendiri, anda pasti akan lebih bertenaga untuk memulakan hari anda. Cubalah ia sekarang dan alamilah perbezaannya!

    Saiz Pakej : 12 paket x 30g

    image
    Teh Flora DXN

     

    image

    Teh Flora DXN

    Teh Flora DXN dihasilkan daripada pokok beggarticks yang terpilih, dan dibungkus dalam uncang teh. Nikmati aroma bunga dalam secawan teh. Tanpa sebarang pengawet atau pewarna tambahan, Teh Flora DXN sememangnya adalah teman terbaik anda di hari yang panas untuk kekal segar sepanjang hari.

    Saiz Pakej : 5g x 20 uncang teh.

    image
    Zhitea DXN

     

    image

    Zhitea DXN

    Zhitea DXN adalah daun teh hitam yang unik ditapai tanpa sebarang tambahan bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Tidak seperti teh hitam yang terdapat di pasaran yang umumnya pahit dan kelat, rasa Zhitea DXN adalah lebih ringan dengan sedikit rasa masam yang menyegarkan yang dapat memberi kejutan kepada deria rasa anda. Zhitea DXN pasti akan dapat memenuhi keinginan anda untuk menikmati minuman yang sedap serta manfaat kesihatan yang optimum.

    Saiz pembungkusan: 100g / botol

    image
    Oocha DXN

     

    image

    Oocha DXN

    Serbuk pracampuran teh Oolong dalam pek dan bukan dalam uncang teh seperti kebiasaannya. Krimer yang ditambah pada Oocha DXN memberikan rasa yang lebih sedap dan mengurangkan rasa pahit kepada teh tersebut. Nikmati aroma dan rasa teh Oolong yang sukar dilupakan, bagi memuaskan keinginan anda, dan untuk memulakan hari anda!

    Saiz Pakej : 30g setiap paket

    image
    Komb-B DXN

     

    image

    Komb-B DXN

    Komb-B DXN adalah minuman gabungan rasa teh yang telah ditapai dengan daun Mulberi. Minuman yang menyegarkan dengan rasa masam dan manis ini baik untuk sistem pencernaan dan merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Komb-B DXN ialah minuman yg sedia untuk diminum dan mudah dinikmati terutamanya kepada anda yang sentiasa sibuk bekerja.

    Saiz pembungkusan: 285 ml

    image
    Lion's Mane Oocha DXN

     

    image

    Lion's Mane Oocha DXN

    Lion's Mane Oocha DXN dihasilkan daripada serbuk teh oolong pracampur dengan serbuk cendawan Lion's Mane, krim bukan tenusu dan gula. Ianya enak dan mudah untuk disediakan. Boleh dihidangkan secara panas atau sejuk.

    Saiz Pembungkusan : 12 pek x 30g setiap kotak

    image
    Florathemum DXN

     

    image

    Florathemum DXN

    Florathemum DXN adalah sejenis teh herba yang dihasilkan daripada kekwa liar. Ianya sesuai sebagai minuman yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga.

    Saiz pembungkusan: 60g setiap botol

    image
    Teh Oozhi DXN

     

    image

    Teh Oozhi DXN

    Teh Oozhi DXN adalah sejenis minuman sihat yang diperbuat daripada teh Oolong yang berkualiti tinggi dan digabungkan bersama Ganoderma lucidum yang ditanam sendiri oleh DXN tanpa sebarang bahan pengawet dan bahan tambahan. Ianya memberikan aroma dan rasa yang segar, lembut dan manis yang dapat menceriakan kehidupan anda dan memastikan anda kekal cergas walaupun dalam kesibukan bekerja.

    Saiz pembungkusan:
    • 100g setiap botol
    • 30g setiap botol
    • 1g x 30 bungkus setiap kotak

    image
    Lion's Mane Lemon Matcha DXN

     

    image

    Lion's Mane Lemon Matcha DXN

    Lion's Mane Lemon Matcha DXN adalah sejenis teh hibrid yang dihasilkan daripada serbuk teh hitam dan teh Oolong yang berkualiti tinggi. Gabungan serbuk teh hitam dan teh Oolong yang berkualiti tinggi ini memberikan rasa asas yang sempurna, yang dapat menyerlahkan lagi rasanya apabila dicampurkan dengan rasa manis dan masam dari Lemon dan serbuk Cendawan Lion's Mane. Anda boleh menikmati minuman yang sempurna ini dengan mudah pada bila-bila masa.

    Saiz pembungkusan: 22g x 20 peket setiap kotak

    image
    Teh Oolong Lingzhi DXN dan Teh Oolong Lion's Mane DXN

     

    image

    Teh Oolong Lingzhi DXN dan Teh Oolong Lion's Mane DXN

    Teh Oolong Lingzhi DXN dan Teh Oolong Lion's Mane DXN masing-masing mengandungi campuran teh Oolong dengan Ganoderma dan serbuk Lion's Mane untuk secawan teh yang sihat, beraroma dan enak. Kedua-dua produk ini dibungkus di dalam pek berasingan bagi memudahkan pengendalian dan penyediaannya di samping memelihara kesegarannya. Ianya ringan dan mudah untuk dibawa. Anda boleh membawa Teh Oolong Lingzhi DXN dan Teh Oolong Lion's Mane DXN di dalam beg, supaya anda boleh memikmati secawan teh yang menyegarkan pada bila-bila masa dan di mana jua anda inginkan.

    *Kami menyarankan kepada anda untuk menggunakan Gelas Penapis Teh DXN semasa penyediaan Teh Oolong Lingzhi DXN dan Teh Oolong Lion's Mane DXN untuk mendapatkan rasa dan aroma yang sempurna.

    Saiz pembungkusan:
    • Teh Oolong Lingzhi DXN : 7g x 32 bungkus setiap kotak
    • Teh Oolong Lion's Mane DXN : 7g x 32 bungkus setiap kotak

    image
    Teh Hitam Lingzhi DXN dan Teh Hitam Lion's Mane DXN

     

    image

    Teh Hitam Lingzhi DXN dan Teh Hitam Lion's Mane DXN

    Teh Hitam Lingzhi DXN dan Teh Hitam Lion's Mane DXN adalah gabungan istimewa produk Teh Hitam Cendawan DXN yang menggabungkan Teh Hitam dengan Ganoderma atau Cendawan Lion's Mane yang berkualiti tinggi. Kedua-dua produk baharu ini mempunyai gabungan rasa dan aroma bunga-bungaan yang sempurna bagi memberikan permulaan yang segar kepada badan dan minda anda.

    Saiz pembungkusan:
    – Teh Hitam Lingzhi DXN: 2g x 20 peket setiap kotak
    – Teh Hitam Lion's Mane DXN: 2g x 20 peket setiap kotak

    image
    Serbuk Teh Oolong DXN

     

    image

    Serbuk Teh Oolong DXN

    Ayuh jadikan Serbuk Teh Oolong DXN sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat anda!

    Serbuk Teh Oolong DXN ialah serbuk teh yang diperbuat daripada 100% daun teh Oolong. Ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa tiruan. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh anda lakukan dengan Serbuk Teh Oolong DXN, tidak hanya terhad kepada penyajiannya sebagai minuman yang menyegarkan! Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan penambah yang sihat kedalam mana-mana resipi anda yang manis dan lazat. Anda boleh menggunakannya sebagai ramuan dalam masakan dengan menaburkannya pada sayur-sayuran yang ditumis atau dipanggang, mencampurkannya dengan smoothie, yogurt, atau sebarang minuman dan produk yang dibakar seperti kek dan kuih-muih mengikut kesukaan anda.

    Saiz pembungkusan: 30g setiap botol

    image
    DXN Lion’s Mane Oocha Latte

     

    image

    DXN Lion’s Mane Oocha Latte

    Gabungan rasa hibrid yang unik daripada teh Oolong dengan krimer bukan tenusu, cendawan Lion's Mane tanpa gula tambahan menjadikan DXN Lion’s Mane Oocha Latte mempunyai keseimbangan rasa teh oolong dan rasa penuh krim yang menambahkan lagi rasa sedap teh susu. Minuman ini mudah disediakan, enak, dan rasanya boleh menandingi teh yang disediakan oleh barista. Jadikanlah DXN Lion’s Mane Oocha Latte sebagai sebahagian daripada rutin pagi anda.

    Saiz Pembungkusan:
    - Setiap kotak: 21g x 20 pek

    image
    D'Latte Neo DXN

     

    image

    D'Latte Neo DXN

    Produk ini adalah serbuk pracampuran teh dengan krimer bukan tenusu dan ekstrak Ganoderma. Gabungan ini akan mempunyai rasa teh yang kuat tetapi kurang pahit, memberikan sebuah minuman yang lembut dan memuaskan, yang digemari oleh semua orang, terutamanya kepada mereka yang sentiasa sibuk. Produk ini tidak mengandungi gula tambahan.

    Saiz pembungkusan:
    - Setiap kotak: 21g x 21 paket