Company

DXN

Tentang DXN

DXN diasaskan oleh Dato' Dr. Lim Siow Jin yang merupakan seorang graduan dari sebuah institusi berprestij iaitu Indian Institute of Technology. Beliau sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Minat ini telah mendorong beliau menerokai keajaiban Ganoderma. Penemuan beliau ini telah menjurus kepada penerokaan penuh potensi Ganoderma atau Lingzhi, yang turut dianggap sebagai raja herba, untuk kesihatan dan kekayaan manusia, dengan penubuhan DXN pada 1993.

Kegiatan perniagaan teras DXN termasuk penanaman, pengilangan dan pemasaran makanan kesihatan. Beribu pejabat di Malaysia dengan operasi di seluruh dunia, syarikat ini terkenal dengan perniagaan Ganoderma. Barisan produknya merangkumi siri makanan kesihatan, makanan dan minuman, produk penjagaan diri, produk penjagaan kulit dan kosmetik, produk penjagaan rumah dan siri rawatan sistem air. Sejak dari awal penubuhan pada tahun 1993, DXN berpegang teguh pada konsep "Eka Naga", "Eka Dunia Eka Pasaran" dan "Eka Minda". Dengan konsep yang mantap ini, DXN telah melalui pertumbuhan berterusan selama bertahun-tahun. Pada 30 September 2003, DXN Holdings Berhad telah disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia. Susulan perlaksanaan tawaran pengambilalihan oleh pengasasnya, DXN secara rasmi dikeluarkan dari Bursa Malaysia pada 27hb Disember 2011.

DXN Holdings Berhad merupakan syarikat pemegang pelaburan dan pengurusan bagi Kumpulan DXN. DXN sentiasa mengutamakan kualiti dan ini telah membolehkan syarikat ini memenangi banyak penghargaan dan pengiktirafan daripada pelbagai organisasi kesihatan dan perniagaan. Selaras dengan dasar mantap dan perkembangan mampan, DXN telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya dengan pesat, yang merangkumi hartanah, teknologi maklumat dan lain-lain. Dalam perniagaan teras, iaitu pemasaran rangkaian, perkembangan DXN yang pesat di pasaran global diakui di peringkat antarabangsa dengan peningkatan ahli di seluruh dunia dan peluasan tapak di lokasi strategik penting. Dengan lebih daripada 7 juta pengedar berdaftar di seluruh dunia, DXN mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam produk Ganoderma.

Founder

Dato' Dr. Lim Siow Jin

Pengasas DXN

DXN diasaskan oleh Dato' Dr. Lim Siow Jin yang merupakan graduan Indian Institute of Technology. Dato' Dr. Lim sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia.

Setelah lebih 20 tahun penyelidikan mendalam dan analisis saintifik, Dato' Dr. Lim menemui manfaat khusus Ganoderma atau Lingzhi dan hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Menyedari akan kepentingan dan manfaat kesihatan Lingzhi, Dato' Dr. Lim mula berkongsi pengetahuan beliau tentang keajaiban herba ini bersama-sama kawan dan rakan sekerja yang turut mengutamakan kesihatan yang baik.

Dato' Dr. Lim tidak berhenti begitu sahaja. Beliau merasakan keperluan untuk menubuhkan syarikat yang dapat membantu lebih banyak orang untuk memahami dan menggunakan dengan baik manfaat herba ajaib ini. Pada tahun 1993, impian Dato' Dr Lim telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menubuhkan DXN di Kedah, Malaysia.

  • 1997
    • PhD (Doktor Falsafah) Perubatan Alternatif oleh Lembaga Perubatan Alternatif India.
  • 2001
    • Anugerah BKM oleh Sultan Kedah
  • 2002
    • Ijazah Kedoktoran Sains (Perubatan Alternatif) oleh Lembaga Perubatan Alternatif India
    • Anugerah Milenium Persatuan Antarabangsa Pendidikan Kesejahteraan Sedunia sebagai pengiktirafan ke atas komitmen serta kecekalan beliau ke arah kesejahteraan sedunia menerusi perubatan holistik, justeru itu menggalakkan kemajuan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.
    • Anugerah Albert Schweitzer oleh Yayasan Kehidupan Positif sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau dalam bidang kemanusiaan dan keamanan serta semangat bertimbang rasanya seperti mendiang Albert Schweitzer, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1953.
    • Anugerah DSM oleh Yang Dipertua Negeri Melaka
    • Anugerah Pakar Perubatan Alaf Baru oleh Institut Penyelidikan Perubatan Alternatif (Kanada)
    • Sijil Pelantikan sebagai Profesor Pelawat Kanan (Penyembuhan Semulajadi & Ganoterapi) oleh Open International University for Alternative Medicine
    • Sijil Keahlian Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia oleh Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia
  • 2005
    • Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Malaysia
    • Mother Teresa International Award 2004
  • 2007
    • Lencana Emas "Pengurusan Kualiti Global" daripada Trade Leaders` Club, Geneva, Switzerland
  • 2010
    • CEO DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin telah dianugerahkan “Tokoh Pemimpin Perniagaan” dalam penganugerahan “Prominent Business Leaders Award 2010
    • Penasihat Kehormat Peace Society Worldwide dianugerahkan oleh Peace Society Worldwide, organisasi awam bagi keamanan dan keharmonian sedunia, yang berusaha untuk mempromosi dan menerapkan idea-idea dan prinsip-prinsip keamanan dunia seperti harmoni, toleransi, tanpa kekerasan, persefahaman dan kerjasama antarabangsa bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensinya.
    • Anugerah Khidmat Cemerlang kepada masyarakat oleh Peace Society Worldwide atas sumbangan luar biasa beliau kepada masyarakat.
    • Anugerah honoris causa Degree of Academic Fellow berpangkat Profesor oleh Academie Scientifique Internationale Vie Univers Nature of Toulouse, Perancis.
    • Anugerah Pingat Saintis Cemerlang
      Dato' Dr. Lim Siow Jin telah dianugerahi Pingat Saintis Cemerlang Tahunan oleh Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani (anugerah diterima oleh Pengurus Cawangan Pakistan En. Zarif Ahmed bagi pihak Dato' Dr. Lim Siow Jin).
  • 2012
    • Anugerah "Tathagat International Excellence Award 2012" di Persidangan Antarabangsa Ke-6 Ayurved dan Sistem Pelengkap Perubatan untuk sumbangannya dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

Konsep DXN

Eka Naga

Kami menjalankan segala proses, dari penanaman hingga pemasaran.


Eka Dunia
Eka Pasaran

Para pengedar kami menikmati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan satu keahlian.

Eka Minda

Syarikat dan para pengedar memberikan tumpuan yang penuh dalam menjalankan perniagaan DXN.

Falsafah DXN

Harga Rendah, Kualiti Tinggi; Profil Rendah, Pendapatan Tinggi.

Falsafah kami - mengenakan harga yang rendah bagi kesemua produk kami yang berkualiti tinggi, mempunyai profil yang rendah walaupun para pengedar kami menjana pendapatan yang tinggi, menepati konsep jualan langsung. Sistem ini sesuai untuk sesiapa jua tanpa mengira latar belakangnya. Sistem perniagaan ini membolehkan anda menikmati pencapaian peribadi yang membawa kepada pencapaian kewangan yang lebih teguh. Lebih penting lagi, ramai yang telah mengakui bahawa mereka berasa sihat setelah menggunakan produk kami. Falsafah ini merupakan asas kejayaan kami dalam bidang jualan langsung.

Logo DXN

Identiti Korporat

Merah

MERAH melambangkan api yang diibaratkan sebagai semangat syarikat yang sentiasa berkobar-kobar untuk maju.

Bentuk bujur berwarna merah mewakili matahari terbit yang melambangkan kesungguhan, ketekadan, ketekunan dan ketabahan dalam mencapai visi dan matlamat DXN.

Hijau

HIJAU melambangkan pokok yang diibaratkan sebagai perkembangan pasaran syarikat yang semakin berkembang dan maju.

Ranting hijau mewakili Ganoderma melambangkan iltizam serta komitmen tinggi syarikat dalam mencapai kejayaan terulung dengan memfokuskan industri yang berasaskan produk kesihatan.

Biru

BIRU melambangkan air mewakili syarikat sebagai asas untuk segala pembangunan yang dilaksanakan dengan penuh bersemangat.

Garisan melintang biru melambangkan syarikat sebagai daya penggerak atau dorongan untuk berkembang dan maju.

Ganoderma DXN

  • Gano Bentuk Hati
    Gano Bentuk Jantung
    Gano Kimshen
    Gano Bentuk Otak
    Gano Bentuk Merak
    Gano Ruyi
  • Pertumbuhan Ganoderma Tanduk Rusa (6 Minggu)
    Pertumbuhan peringkat pertengahan (10 Minggu)
    Pertumbuhan peringkat pertengahan (12 Minggu)
    Peringkat matang (16 Minggu)
  • Bahan-bahan yang dijadikan media pembiakan organik.
    Mengisi media pembiakan organik ke dalam polibeg. Kemudian, polibeg ditutup dengan penutup plastik.
    Polibeg dimasukkan ke dalam mesin pengewapan untuk diwapkan.
    Mesin pengewapan berteknologi tinggi.
    Kaedah menggantung polibeg secara melintang bagi mengelakkan penyerapan bahan-bahan yang tidak diingini.
    Memetik Ganoderma yang segar dan berkualiti tinggi.
  • Penghasilan kapsul menggunakan mesin automatik
    Proses menggilap kapsul untuk memastikan kebersihannya.
    Memasukkan kapsul ke dalam botol.
    Penutup botol ditutup dengan sempurna.
    Melabelkan botol bagi memberikan identiti unik kepada setiap botol untuk memudahkan kawalan produk.
    Melabelkan tarikh pengeluaran dan tarikh luput produk.
    Produk siap untuk dipasarkan.